Tuesday, August 25, 2009

PESANAN AYAH BONDA


Inilah cerita keluarga kami ,
Teratak Anisma nama diberi,
Dianugerahkan anak ramai sekali.

Seorang Putera hensom orangnya,
Dan 6 orang Puteri cantik sekali.
Empat menantu setakat ini,
Lima orang cucu sijantung hati.

Anak-anak yang pintar seawal usia,
Menjadi kebanggaan seluruh keluarga,
Masa kecil cerdik sekali,
Bila besar bijak bistari.

Rajin belajar dan suka bertanding,
Alhamdulillah semuanya berjaya,
Menjejak kaki ke Menara Gading.

Yang sudah ada kerjaya sendiri,
Nama terkenal keseluruh negeri,
Bakal menyusul tak lama lagi,
Adik-adiknya pula mencurah bakti.

Ayah dan Ibu bangga sekali,
Kepada anak-anak pesan diberi,
Jangan sesekali sombong diri,

Tutur kata sentiasa dijaga,
Sopan santun tetap dipelihara.
Yang penting sekali,
Suruhan Tuhan tidak lupai,
Hidup bahagia sepanjang hari.








5 comments:

  1. Selalu kalau orang rasa malas nak belajar, teringat abah cerita dulu masa kecik2 abah nak baca buku kena pakai lilin.
    Cerita2 tu dah pun disampaikan kepada anak2 dan harap2 mereka sedar dan bersyukur dengan nikmat yang ada..

    Terima kasih kepada mak abah..

    ReplyDelete
  2. hai sempat pula abah karang sajak nie.. ingat kan permata je yg pandai karang sajak.. huhu..

    ReplyDelete
  3. Tiada perkara yang lebih menggembirakan abah dan mak melainkan melihat kejayaan anak-anak.

    Hilang rasanya segala penat lelah serta pengorbanan yang dicurahkan apabila mendapat hadiah yang tak ternilainya daripada anak-anak.

    Hadiahnya adalah ketujuh-tujuh orang anak yang dikasihi telah berjaya belajar sehingga keperingkat universiti.

    Setelah pesanan diberi, kini ada satu harapan dan seribu doa abah dan mak mengiringi anak-anak ......

    Biarlah kerjaya/karier anak-anak terus berkembang maju dan berjaya, semoga hidup dalam keadaan gembira dengan kesibukan tugas masing-masing.

    Untuk Along....Epit....dan Anuar....(yang sudah mempunyai cahaya mata)abah dan mak berharap agar anak-anak kamu dapat mencontohi dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai semangat untuk mencapai cita-cita masing-masing di masa akan datang.

    Untuk Cik PTD.....Jangan pandang abah sebelah mata eh....abah pun boleh menulis sajak juga sekali....sekali......tapi tak lah sehebat macam sangpermatanusantara atau penulis resah dan anak-anak yang lain......kata orang markah cukup makan jadilah.....he....he.....he....

    ReplyDelete
  4. fuiyooooo...hebat r abah tulis sajak..rasa nk nagis pon ada..huhuh~

    ReplyDelete
  5. Online toll free number for Binance id hacked|binance support
    Issues associated with hacking of Binance ID have been known as common one. It is well-known that when ID is hacked, users could not access their account which is of course an annoying factor. In that Binance users may immediately call our Binance support phone number to interact with us. Our Binance contact phone number is toll-free for which users don’t need to pay. The professionals address users politely and with positivity. Contact us our customer care team and quick fix your set issue.
    Website: https://www.cryptowalletsupport.com/binance-support-number/

    ReplyDelete