Sunday, April 5, 2009

Catatan pertama- dari Puan Sri-

Salam...

Hari ini aku akan mula bercerita tentang diriku. Akan ku curahkan segala perasaanku untuk tatapan dan makluman anda supaya nanti orang tak kata aku ni seorang yang itulah, inilah mengikut pandangan mereka. Orang kata aku ni seorang yang degil, keras kepala dan apa yang aku cakap, ia adalah satu perintah. Dari raut wajahku, orang kata aku ni seorang yang sombong dan garang.

Tapi sebenarnya orang tak tahu, aku ni seorang yang baik hati, lembut hati, pemurah, penyayang dan bertanggungjawab. Aku juga seorang yang kelakar. Kalau mereka kenal aku, mereka tak kering gusi. Apa sahaja yang aku cakap, membuatkan mereka ketawa. Jauh di sudut hatiku, aku akui aku manusia istimewa yang dilahirkan dalam keluargaku. Aku tahu, sebagai manusia biasa, kadang-kala baik pada kita, tak baik pada orang lain dan begitulah sebaliknya. Tapi apa pun, aku tahu siapa aku dan aku sedar siapa aku.

Sebenarnya aku ni anak sulung dalam keluarga. Di bawah aku, ada 7 orang adik-adik. Semasa kecil, aku sentiasa akan memastikan kebajikan adik-adikku, menjaga mereka, bertanggungjawab atas keselamatan mereka. Tambahan pula masa itu, ibu aku bekerja. Mungkin sebab itulah, sifat-sifat itu terbawa-bawa hinggalah aku dewasa.

Oklah. Setakat ini sahaja pengenalan tentang diriku.
Jumpa lagi di entri yang akan datang.

Assalamualaikum...

dari Puan Sri....

4 comments:

  1. tak kisahlah siapa pun puan sri atau tan sri, yg penting puan sri dan tan sri adalah ibu bapa yg menjaga dan membesarkan kami semua dari kecil hingga dewasa

    jasa dan kasih sayang puan sri dan tan sri akan kami 7 beradik kenang sampai bila2

    ReplyDelete
  2. ya...puan sri memang seorang yg kelakar...selalu mengekek2 kami ketawa di dalam kereta dgn ayat2 puan sri..haha....tp xdinafikan..bila time garang kecut jugak perut permata nusantara...hehe....almaklum lah...permata nusantara dan yg lain2 mmg degil....tp puan sri mmg baik ati...berhati mulia dan bertanggungjawab.....(^_^)

    p/s: wah....blog ini dikongsi bersama ya...ya2...isha_abama....hehe..so lengkaplah satu keluarga menulis.....(^_^)

    ReplyDelete
  3. fuyooo... pn sri dah menulis... hehe.. mak mmg kelakar!.. adik rindu nak ketawa sama2..hahaha! sekarang pun tgh ketawa besar duk ingt balik time kiter sama2 gelak dalam kereta.. heeeeeeeee~

    ReplyDelete
  4. Wah..Puan Sri dah mula berbicara...lepas ni semua org (yang ada name card la...) kena tukar baru.... sebab nak kena tambah tittle Tan Sri... hu..hu..

    ReplyDelete